Karipap Daging Keto/Atkins

Servings

36

Prep

15 min

Cook

30 min

Keto Malaysian Curry Puffs

Recipe in English

Inti Karipap

  • 400 gram Daging Kisar
  • 2 sudu besar Minyak Kelapa
  • 2-inci Halia, dihiris
  • 2 bangkai Daun Kari
  • 2 Kulit Kayu Manis
  • 2 sudu kecil Jintan Manis
  • 3 biji Bunga Lawang
  • 3 biji Bunga Cengkih
  • 3 biji Buah Pelaga
  • 2 sudu kecil Serbuk Ketumbar/Biji
  • 2 sudu kecil Biji Sawi
  • 1 sudu kecil Serbuk Bawang & Bawang Putih (jika digunakan)
  • 45 gram Serbuk Kari Daging
  • 60 ml Santan (kalau tidak digunakan, tambah air)
  • 60 ml Air

Doh Keju

  • 525 gram Mozzarella
  • 150 gram Tepung Badam (almond flour/meal)
  • 3 biji Telur (besar)
  • 1 biji Telur Kuning
  • Secukup Rasa Garam

Cara-cara:

  • Inti karipap  (490 gram selepas masak / 12 gram saiz hidangan)
  1. Panaskan minyak kelapa dalam kuali.
  2. Tumis halia, daun kari, jintan putih, kayu main, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum.
  3. Masukkan biji sawi and daging kisar. Masak atas api sederhana hingga daging empuk.
  4. Masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar (atau biji), serbuk bawang dan serbuk bawang putih.
  5. Kemudian, tuangkan santan (jika digunakan) dan air.
  6. Setelah hampir kering, masukkan garam secukupnya.
  7. Matikan api and ketepikan. Keluarkan halia, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan buah pelaga sebelum inti digunakan.

Folding Curry Puffs

  • Doh keju ( 792 gram 36 ketul / 22 grams seketul) :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200°C dan letakkan baking paper atas loyang. Ketepikan.
  2. Cairkan mozarella (dalam microwave jika ada, kalau tak cairkan atas non stick pan)
  3. Dalam mangkuk, masukkan tepung badam, garam dan telur. Kacaukan sehingga sebati.
  4. Apabila keju telah dicairkan, biarkan sejuk sedikit (3 minit)
  5. Kemudian, dengan spatula atau guna tangan jak, uli keju dan tepung badam sehingga  menjadi doh.
  6. Bahagikan doh kepada 36 ketul. (kira-kira 22 gram seketul)Leperkan doh, isikan dengan inti dan kelimkan. (12 gram / 1 sudu teh)
  7. Letakkan karipap atas loyang.
  8. Campurkan 1 biji telur kuning dengan 1 sudu besar air. Sapukan atas karipap.
  9. Bakar selama 15-20 minit.

 

Tips:

  • Resipi ini juga sesuai untuk sesiapa yang mengikut diet Atkins (lepas fasa 1).
  • Gunakan santan tanpa gula, kurang karbohidrat tetapi masih penuh lemak. Kalau tak mau gunakan santan pun tak pa.
  • Maklumat Pemakanan (dengan ramuan yang saya guna) : Saiz Hidangan (1 karipap) 106 kcal, Lemak – 8 gram,  Karbohidrat – 1 gram, Protein – 5 gram.

Selamat Menjamu Selera!

Cherry's Signature

Keto Malaysian Curry Puffs

0 0 100 0

One Comment

Leave a Reply

Yum